COVID-19: Melaka catat 13 zon kuning

AYER KEROH 19 Okt. – Melaka merekodkan 13 zon kuning apabila mencatatkan 16 kes positif COVID-19, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia melibatkan kawasan Bukit Katil, Ayer Molek, Tanjung Minyak dan Tanjung Kling.

“Selain Durian Tunggal, Rembia, Chohong, Batu Berendam, Duyong, Kesang, Ayer Panas, Machap dan Bukit Piatu.

“Pertambahan kes melibatkan 11 kes kluster baharu iaitu Kluster Bukit, tiga kes daripada saringan di Depot Tahanan Imigresen, satu kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan satu kes saringan individu bergejala.

“Manakala, sebanyak 30 kes masih dirawat di hospital,” katanya kepada MHI, hari ini.

Terdahulu menerusi kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh, Jasin diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini.

Ia rentetan terdapat ibu-bapa pelajar yang disahkan positif COVID-19.

Penutupan SMK Simpang Bekoh bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.

Share:

More Posts

‘Malaysia Clean Up Day di Qashrina’

Bersempena dengan program ‘Malaysia Clean Up Day’ yang berlangsung pada 19 September yang lalu, Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia atau lebih dikenali sebagai

Makan di Qruise

Qashrina Qruise bukan sahaja menyediakan pakej penginapan yang eksklusif, tetapi juga menyediakan perkhidmatan sewaan dewan berserta pakej makanan yang berkualiti dan berpatutan. Pakej-pakej seperti Majlis