Yayasan Melaka tarik perniagaan bernilai RM200 juta

AYER KEROH 20 Okt. – Yayasan Melaka berjaya menarik perniagaan bernilai RM200 juta meski pun berdepan dengan pelbagai kekangan susulan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Pengurus Besarnya, Datuk Yusof Jantan berkata, sebagai antara organisasi yang membantu Kerajaan Negeri Melaka meningkatkan kegiatan ekonomi, pihaknya akan terus komited untuk mengukuhkan kewangan negeri.

“Sejak mengambil alih pentadbiran pada April lalu, kami berjaya membawa masuk perniagaan bernilai RM200 juta untuk tempoh yang singkat meski pun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.

“Nilai perniagaan ini ada antaranya yang sudah pun diluluskan termasuk sebahagiannya telah ditandatangani,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjung hormat Melaka Hari Ini (MHI) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Operasi MHI, Anuar Shaari di pejabatnya pagi tadi.

Dalam kunjungan yang berlangsung selama kira-kira sejam itu pelbagai perkara telah dibincangkan termasuklah menjalinkan kerjasama dua hala di antara MHI dan Yayasan Melaka dari sudut pemberitaan.

Mengulas lanjut Yusof berkata, selain pelaburan perniagaaan, Yayasan Melaka juga telah menyumbang RM1.1 juta untuk tabung-tabung amanah pendidikan, kebajikan, masjid, pelancongan dan warisan negeri.

“Usaha ini akan terus dilipat gandakan lagi dan kami tidak akan menjadikan pencapaian ini sebagai zon selesa untuk terus meningkatkan potensi perniagaan,” katanya.

Share:

More Posts

‘Malaysia Clean Up Day di Qashrina’

Bersempena dengan program ‘Malaysia Clean Up Day’ yang berlangsung pada 19 September yang lalu, Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia atau lebih dikenali sebagai

Makan di Qruise

Qashrina Qruise bukan sahaja menyediakan pakej penginapan yang eksklusif, tetapi juga menyediakan perkhidmatan sewaan dewan berserta pakej makanan yang berkualiti dan berpatutan. Pakej-pakej seperti Majlis