‘Malaysia Clean Up Day di Qashrina’

Bersempena dengan program ‘Malaysia Clean Up Day’ yang berlangsung pada 19 September yang lalu, Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia atau lebih dikenali sebagai Youth Care Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Japerun Pantai Kundur dan Qashrina Chalet telah mengadakan program ‘Clean up day’ dikawasan Pantai Puteri dan juga di dalam kawasan Qashrina Chalet. Seramai 43 orang sukarelawan yang telah terlibat disepanjang program ini berlangsung yang terdiri daripada kalangan ahli Youth Care Malaysia, Staf Qashrina Chalet dan juga penglibatan atlet-atlet muda dari Persatuan Petanque Negeri Melaka dan Sarawak.

Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap belia mengenai kepentingan menjaga kebersihan bukan sekadar di kawasan rumah malahan juga di kawasan-kawasan awam. Program yang telah berlangsung selama 5 jam ini telah berjaya mencapai objektif dan semua pihak yang terlibat menerima impak positif terhadap perlaksanaan program tersebut. Kami berharap agar Youth Care Malaysia terus maju dalam melaksanakan program-program seperti ini dimasa-masa akan datang.

Share:

More Posts

Makan di Qruise

Qashrina Qruise bukan sahaja menyediakan pakej penginapan yang eksklusif, tetapi juga menyediakan perkhidmatan sewaan dewan berserta pakej makanan yang berkualiti dan berpatutan. Pakej-pakej seperti Majlis